Ketika ini, nama dua selebriti yang dikenali ramai iaitu Fizo Omar dan Wak Doyok sedang menjadi topik utama bualan orang ramai di platform media sosial gara-gara mempromosikan OctaFX.
Oleh kerana mempromosikan hal berkenaan, kedua-dua selebriti terbabit dilabelkan sebagai ‘terdesak’ kerana sanggup mengambil kerja iklan forex trading.
Melalui satu ciapan di Twitter, terdapat seorang pengguna berkata segala pendapatan ataupun komisen yang diterima oleh mereka dengan mengambil job dari situ adalah haram.
Wak Doyok & Fizo Omar, berapa OctaFX bayar kalian utk promosikan produk mereka? Dah terdesak sangat ke sampai tergamak ambil job iklan forex trading? Sebarang pendapatan/komisen yg kalian peroleh menerusi penglibatan dgn OctaFX adalah tak halal. Bertakwalah kpd Allah!
— furqan abdullah (@furqanyarmouk) June 15, 2022
Lagi-lagi duit yang diterima dari membuat kerja forex terbabit diberi makan untuk anak-anak, isteri ataupun keluarga.
Meninjau di ruangan komen hantaran terbabit, ramai yang bersetuju dengan pendapat pengguna tersebut dengan mengatakan segala penukaran mata wang asing ataupun forex sememangnya haram kerana melibatkan harta ribawi iaitu sumber yang mempunyai unsur riba.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.