Dikecam Netizen Muat Naik Video Sebelum Berhijrah, Nana Mahazan Tak Melatah

Hiburan

Dikecam Netizen Muat Naik Video Sebelum Berhijrah, Nana Mahazan Tak Melatah

Sejak kebelakangan ini ramai selebriti wanita yang dapat kita lihat sudah berhijrah dan mengubah imej mereka, tidak terkecuali, seorang personaliti TV terkenal iaitu Nana Mahazan turut mengumumkan dirinya sudah berhijab.

Nana Mahazan
3 years ago

Nana Mahazan Pula Berhijab, Tampil Manis Dengan Imej Terbaru

Advertisement

Walau bagaimanapun, baru-baru ini Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan telah dikecam oleh beberapa netizen setelah dia memuat naik sebuah hantaran video iklan di Instagram semasa dirinya masih tidak memakai tudung.

Namun, beliau tidak melatah dengan komen-komen dari netizen, malah dia juga ada membuat status di Instagram Story dimana dia menjelaskan bahawa akan ada beberapa video serta gambar lama yang akan digunakan kerana masih terikat dengan kontrak bersama pelanggannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ???????®? (@nanamahazan)

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang memahami tanggungjawab sebagai seorang selebriti yang sudah mengikat kontrak bagi menyiapkan tugasan iklan dan kempen.

Ada juga netizen menyarankan kepada selebriti jelita itu agar meletakkan perkataan #throwback dan tarikh rakaman agar tidak mengelirukan mana-mana pihak.

Nana Mahazan

Sebelum ini, bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-1 itu ada memuat naik sebuah video iklan bagi mempromosikan satu produk dan di dalam video tersebut, dia tampil tidak bertudung kerana video itu telah dirakam sebelum penghijrahannya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...