Dikecam Lakonan ‘Kayu’, Sharifah Rose Ambil Positif Bagi Perbaiki Diri

Hiburan

Dikecam Lakonan ‘Kayu’, Sharifah Rose Ambil Positif Bagi Perbaiki Diri

Walaupun dikecam teruk oleh netizen, personaliti media kini bergelar pelakon, Sharifah Rose tetap positif dengan kecaman yang dibagi oleh netizen kepadanya dan menerima semua teguran supaya dapat melakukan dengan lebih baik.

Sharifah Rose Redza Rosli
4 years ago

"Kayu Pun Boleh Jadi Hebat.." Akui Pernah 'Reject' Sharifah Rose, Shahrulezad Minta Contohi Fattah Amin

Advertisement

Menurut Sharifah Rose, kritikan yang diberi oleh netizen seringkali diambil secara positif dan daripada kritikan tersebut dia akan cuba memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.

sharifah roseSumber : Instagram Redza Rosli  

Kata Sharifah Rose ketika ditemubual oleh Gempak,

Saya percayai setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat yang tersendiri. Saya sentiasa ambil kritikan orang secara positif kerana saya yakin dari situ saya dapat perbaiki diri saya dan melakukan dengan lebih baik.

Kita tidak akan pernah mati dengan cacian orang dan tak hidup dengan pujian.

Menjadi perbualan hangat di media sosial selepas Sharifah Rose muncul dalam drama rantaian Kekasih Hati Mr Bodyguard, ramai yang mempertikaikan kebolehannya menghidupkan watak di dalam drama tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...