Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kayu Pun Boleh Jadi Hebat..” Akui Pernah ‘Reject’ Sharifah Rose, Shahrulezad Minta Contohi Fattah Amin

Sharifah Rose Redza Rosli

Teruk dihentam peminat gara-gara lakonan keras atau ‘kayu’, selebriti media sosial Sharifah Rose tabah menerima kritikan netizen menerusi lakonan pertamanya dalam drama Kekasih Hati Mr Bodyguard yang kini ditayangkan di saluran TV3.

Terpanggil untuk berkongsikan pendapat mengenai isu itu, pengarah terkenal Shahrulezad ataupun lebih mesra dikenali sebagai Budak Ijat meminta netizen untuk memberi peluang kepada pelakon baru supaya mereka dapat memperbaiki mutu lakonan dari semasa ke semasa.

Advertisement

Perkara tersebut dikongsikan Shahrulezad menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Ujar pengarah drama Takdir Yang Tertulis itu, bakat yang dimiliki oleh Sharifah Rose itu boleh digilap dengan sebaiknya jika dia mempunyai azam yang tinggi dan bersungguh-sungguh dalam karier lakonannya kini.

Advertisement

“Kadang-kadang artis yang kita kata kayu ini lah akan menjadi artis yang hebat suatu hari nanti. Sharifah Rose ni pun abang tengok ada potensi untuk berjaya sekiranya dia bersungguh-sungguh. Abang pun pernah reject dia dulu..”

Mengambil contoh pelakon popular Fattah Amin yang dahulunya pernah ditolak oleh Shahrulezad menerusi syarikat produksi Radiusone kerana kurang berbakat, pengarah terkenal itu berharap Sharifah Rose dapat mencontohi suami kepada Nur Fazura serta dapat membuktikan kritikan yang diberi netizen sebenarnya itu tidak tepat.

“Dan saya harap dia dapat membuktikan saya salah asalkan dia ikhlas dengan minat dia dan jauhi kontroversi yang merepek-repek.” tulisnya lagi.

Dia dalam pada itu turut memberi nasihat kepada pendatang baru dunia lakonan agar tidak mudah putus asa walaupun ditolak beberapa kali ketika sesi ujibakat.

Katanya, ramai pelakon sudah berjaya membuktikan keupayaan mereka dan diterima berlakon dalam drama terbitannya selepas beberapa tahun memperbaiki mutu lakonan.

Sekadar info, Sharifah Rose telah bergandingan dengan pelakon Redza Rosli dalam sebuah drama berjudul Kekasih Hati Mr Bodyguard yang ditayangkan dalam slot Lestary, setiap Rabu hingga Sabtu jam 9 Malam di TV3.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Mat Aussie

    May 20, 2021 at 1:15 pm

    nk sauk pelakon baru boleh, tgk la sape pengarah.
    tgk cm budakijat polish watak sampingan Nur tu. Riena tu padu berlakon.

  2. Nurul

    May 19, 2021 at 1:35 pm

    Yes. Kena bg peluang. But let they learn through minor role dulu. Bila da rasa ilmu cukup blh la jd lead role. Ini masih tgh bljr x khatam lg terus lead role, mana pelakon lama tak hangin. This is not healthy. Tengok mcm shanie tu ha, punya la 30thn pengalaman, sanggup org offer rm500 utk 2 eps. Ibarat mcm ni la. Kita nk bt projek jambatan besar berjuta, tp kuta amik engineer yg bru lps bljr xckp ilmu lg jd lead project. Engineer yg da 30thn dok blkg snyp2 dgr kata engineer baru. X ke blh runtuh jambatan nanti. Mcm tu lah.

    • NURUL 2

      May 20, 2021 at 4:20 am

      kan.. x salah nak ambik org baru, tapi bagi la minor role dulu. bukan cantik sangat pon nak terus diberikan watak utama. pelakon berpengalaman yg kurang cantik kalau diberi watak utama pon org tengok, bukan terus ‘kayu’ naik jadi watak utama. annoying tengok. sudahnya aku x follow pon cerita ni sebab watak utamanya tu. macam perlekehkan bakat pelakon2 yg berpengalaman.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top