June 27th, 2018

Sedar ada pihak kurang senang dan menganggap tindakan beliau berkongsi video saat isterinya bersalin tidak sesuai untuk tatapan umum, jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tampil memohon maaf menerusi satu ‘posting’ di akaun Instagramnya.

Mengakui tidak dapat memuaskan hati semua pihak, Aliff menjelaskan beliau tidak pernah berniat untuk memalukan isterinya seperti yang didakwa tetapi hanya ingin berkongsi betapa besarnya pengorbanan seorang ibu melahirkan anak.

Bukan itu sahaja, beliau mahu masyarakat mengambil sisi positif perkara itu dan agar para suami lebih menghargai isteri mereka.

Walaubagaimanapun, Aliff masih menerima serta menghormati pandangan orang lain mengenai isu berkenaan. Namun, beliau tetap berharap hal ini tidak akan berlarutan.


23 responses to “Dikecam Kongsi Video Isteri Bersalin, Aliff Syukri Mohon Maaf”

  1. Syantik says:

    Harap2 next time Dato Alif dpt tunjuk.yg bawah skali…tempat baby keluar sbb pada pandangan Dato takde benda yg salah. Semua pendidikan bagi Dato……katanya lah!

  2. unknown says:

    hello aurat bukan nampak kaki, tangan, perut, peha ja ok.. p study balik.. c wife pun dh jadi 2×5 x malu sama dgn husband.. 2 2 gila glamer.. pathetic

  3. PP says:

    Video tu utk tontonan umum X wajar…AIB isteri tgh meneran..kesian datin jadi bahan datuk yg giler glamour..agak2lh datuk perangai tu..

  4. minah senget says:

    Nak suami hargai ibu/wanita ni x perlu la sampai post macam tu,itu pun dikira aurat seorang wanita.Ikut akal fikiran masing2 dalam menilai dan mnghargainya ibu/wanita tersebut. Dalam dok tengok wife bersaliin masih ada suami yg nak buat hal tetap akan buat hal.

  5. aih says:

    seeloknya x perlu pun nak show live… moment tu korang berdua jer simpan sudah la..
    ni tunjuk satu dunia.. mmg la niat baik suh jaga wanita…. rasanya mana2 husband yang tgk wife dia bersalin pun akan menghargai isteri nya itu…. common sense jer pun boleh…

Loading...