Written by Bella | June 27th, 2018

Sedar ada pihak kurang senang dan menganggap tindakan beliau berkongsi video saat isterinya bersalin tidak sesuai untuk tatapan umum, jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tampil memohon maaf menerusi satu ‘posting’ di akaun Instagramnya.

Mengakui tidak dapat memuaskan hati semua pihak, Aliff menjelaskan beliau tidak pernah berniat untuk memalukan isterinya seperti yang didakwa tetapi hanya ingin berkongsi betapa besarnya pengorbanan seorang ibu melahirkan anak.

Bukan itu sahaja, beliau mahu masyarakat mengambil sisi positif perkara itu dan agar para suami lebih menghargai isteri mereka.

Walaubagaimanapun, Aliff masih menerima serta menghormati pandangan orang lain mengenai isu berkenaan. Namun, beliau tetap berharap hal ini tidak akan berlarutan.

23 responses to Dikecam Kongsi Video Isteri Bersalin, Aliff Syukri Mohon Maaf

  1. Anonymous says:

    jutawan pun tau mintak maaf… faizal ismail yg hidup sederhana pun jenis tak reti minta maaf secara public… kes sendiri senyap.. kes org lain lantang sungguh

  2. Kulaan d selangor says:

    BONGGOL IKAM NIH…SUDAH KAYAK..BERTAMBAH BONGGOL.

  3. yaya says:

    ok ape… dy betol2 hargai isteri dia… kalau dalam drama sume fake.. baru suami tau pengorbanan isteri ni