Pelakon, Janna Nick berkongsi pendapat melalui program Studio Sembang bersama pengacara, Amelia Henderson mengenai keseimbangan hidup dan kerjaya.
Menerusi video tersebut, pelakon berusia 28 tahun itu berpendapat kebanyakan generasi muda zaman sekarang sering mempertikaikan ‘work-life-balance’ walaupun masih belum mencapai tahap kewangan yang stabil.
Nowdays punya generation, diorang nak work life balace, sorry eh aku ada semua tu masa umur 28 tahun sekarang, lepas aku dah beli dua rumah, dah ada kereta.
Menurut Janna, seseorang yang mahu mempunyai keseimbangan hidup dan kerjaya perlu mencapai sesuatu tahap terlebih dahulu melainkan individu tersebut datang dari keluarga yang kaya atau berkahwin dengan lelaki berada.
Bukan nak berlagak tapi, aku nak cakap yang aku boleh relax sikit lepas aku dah secure certain things in my life.
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian ? ha dah tengok ke belum episod ni? #jomsembang on @youtube @spotify & @applepodcasts !#studiosembang pic.twitter.com/JFYHBKxEdE
— Studio Sembang (@studiosembang) April 1, 2023
Bagaimanapun, pendapat yang diberikan oleh Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner tidak diterima baik oleh netizen kerana menganggap dia seolah-olah mempersendakan generasi muda.
Tampil mempertahankan rakan artis, Amelia menjelaskan bahawa Janna hanya berkongsi pendapat dari pengalamam sendiri dan bukannya mempersendakan mana-mana pihak.
Janna tak gelakkan sesiapa yang nak capai work life balance, dia ketawa sebab dia tahu kerja yang perlu dia buat untuk capai benda tu.
Bila kita datang dari latar belakang keluarga yang susah, sebelum nak fikir work life balance, kena fikir dulu soal nak sara keluarga. Itu yang dia maksudkan.
Bukan itu sahaja, Amelia turut bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Janna namun tidak menafikan mungkin ada yang berlainan pendapat dengan mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.