“Terkejut Aku Bukak Instagram” – Tayang Badan Lepas ‘Workout’, Janna Nick Dikecam Tak Hormat Bulan Ramadan

Hiburan

“Terkejut Aku Bukak Instagram” – Tayang Badan Lepas ‘Workout’, Janna Nick Dikecam Tak Hormat Bulan Ramadan

Perkongsian bermanfaat daripada Janna Nick di Instagram miliknya baru-baru ini mengundang kecaman gara-gara dia didakwa sibuk menayang tubuh badan seksi ketika di bulan Ramadan sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Dalam hantaran tersebut, pelakon itu ada memuat naik beberapa keping foto memaparkan dia melakukan senaman di Instagram serta perkongsiannya mengenai bersenam di bulan mulia ini.

Advertisement

Namun, hantaran tersebut dihujani kata-kata nasihat daripada netizen yang beranggapan pakaian yang dipakai Janna seperti tidak sopan untuk dimuat naik untuk tatapan umum.

Rata-rata pengguna media sosial tampil menasihati aktres ini untuk tidak berkongsi sebarang foto yang boleh mengurangkan pahala puasa orang lain.

Saya bukan siapa-siapa Kak Janna, tapi saya layak untuk menegur. Apa kata bulan-bulan puasa ni Kak Janna kurangkan la post gambar macam ni.

Allahu, hormatlah bulan puasa, terkejut aku bukak ig.

Terdahulu, Janna Nick pernah mencabar dirinya untuk menurunkan berat badan gara-gara muncul spekulasi yang mengatakan hubungan cintanya bersama aktor Dini Schatzmann dilanda masalah kerana bentuk fizikalnya yang semakin berisi.

BACA: (VIDEO) “Tanda Perdamaian” – Hadir Berasingan Ke Mahkamah Rendah Syariah, Farid Kamil Bawa Sejambak Bunga Buat Diana Danielle

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...