Dikecam ‘Ejek’ Raisa, Nabil Anggap Netizen Tak Faham Konsep Program Hiburan

Hiburan

Dikecam ‘Ejek’ Raisa, Nabil Anggap Netizen Tak Faham Konsep Program Hiburan

Semalam, kecoh mengenai dakwaan pengacara hebat, Nabil Ahmad berlebihan ketika bergurau dengan penyanyi Indonesia, Raisa pada konsert minggu kelapan Gegar Vaganza musim ke-9.

Susulan itu, Nabil enggan mengambil pusing mengenai isu terbabit dan menganggap individu yang menyuarakan dakwaan terbabit tidak faham konsep program hiburan.

Advertisement

Menurutnya lagi, dia tidak mahu layan provokasi itu kerana dilihat sengaja ingin mencari kesalahannya, sedangkan Raisa, wakil pengurusannya serta pihak produksi GV9 maklum semua itu hanya sekadar usikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Kalau masih mahu kutuk saya terpulanglah. Mungkin mereka maksum sampai membodoh-bodohkan orang.

Dalam pada masa yang sama, pengacara GV9 itu memaklumkan kepada pihak Kosmo bahawa dirinya serta Raisa tidak mempunyai masalah serta boleh bertemu selepas persembahan malam tersebut.

Nabil turut sempat berkata secara sinis bahawa antara dia dan penyanyi Indonesia itu sudah selesai, tetapi bagaimana pula dosa netizen yang terus menerus kutuknya tanpa usul periksa dahulu.

Sebelum ini, tindakan hos berusia 39 tahun itu mengajuk Raisa menggunakan bahasa Inggeris ketika memberi komen membuat ramai netizen berasa ‘panas hati’ hingga melabel Nabil tidak profesional.

raisa nabil
1 year ago

Nabil Ahmad Didakwa Tak Beradab, 'Ejek' Juri Jemputan GV9 Raisa, - "Cukup La 'Menganjing' Tu"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...