Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dikecam Buat Lawak Hambar Isu Kimia Di Pasir Gudang, Shuk Sahar Tampil Mohon Maaf

Didakwa tidak sensitif dengan nasib penduduk dan mangsa pencemaran bahan kimia berbahaya di Pasir Gudang, Johor, pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar yang menerima kecaman daripada netizen tampil memohon maaf. Shuk menerima setiap teguran sebagai pengajaran untuk beliau memperbaiki kekurangannya.

Advertisement

Saya memohon maaf sekiranya apa yang disampaikan menyinggung mana-mana pihak. Segala teguran saya ambil sebagai pengajaran untuk sentiasa memperbaiki kekurangan yang ada.

Saya sentiasa mendoakan supaya semua warga Pasir Gudang berada dalam keadaan selamat dan sama-sama berharap musibah ini akan berakhir dengan kadar segera.

Terdahulu, Shuk yang juga salah seorang penyampai Geng Pahit Hot di stesen radio Hot FM membuat lawak ‘hambar’ degan mengatakan batapa beruntungnya jika mereka bekerja di Johor kerana boleh bercuti disebabkan musibah bahan kimia tersebut.

Advertisement

Kata-kata Syuk berbunyi,  “Kenapalah konti kita bukan dekat Johor, kalau tidak mesti dah cuti” membangkitkan kemarahan netizen, kenapa musibah yang berlaku dijadikan bahan lawak pula. Seolah-olah mempersendakan kejadian yang mengancam nyawa itu.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 Comments

  1. anon

    March 18, 2019 at 9:07 am

    pls stop lawak berbaur lucah..

  2. Chegu...

    March 17, 2019 at 6:44 pm

    Lps Fafau , FBI berundur diri dari Hot FM, mmg dh kurang ‘umphh’ dh Hot FM….sedar x sedar, saya dah tune ke frekuensi lain….sebabnya, mcm ni la…merapu-meraban tak tentu hala….

    • [email protected]

      March 18, 2019 at 8:45 am

      zaman fafau & fbi paling best..
      hari-hari rasa tak sabar nak dengar hotfm am krew.. hmmm..

  3. Anonymous

    March 15, 2019 at 4:36 pm

    Bila dah terlebih ambik isu2 semasa dalam lawak kau, semua benda kau nak lawakkan eh.. sila mati!!

  4. cikbedah

    March 15, 2019 at 4:32 pm

    Beginilah jdnya bila mengambl sesorng yg xberpljrn..tiada sensitiviti..tahunya nk melawak je..stesen radio patut fikir2kn…hentikan lah mengmbl plwk sbg dj…

  5. Anonymous

    March 15, 2019 at 1:59 pm

    si Amir raja lawak yg x lawak tu aku boleh layan lagi dari si bangkai ni..lawak melucah je mamanjang..tutup tv terus bila tengok muka bangkai ni..risau budak2 terikut..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top