Dikecam Buat Lawak Hambar Isu Kimia Di Pasir Gudang, Shuk Sahar Tampil Mohon Maaf

Hiburan

Dikecam Buat Lawak Hambar Isu Kimia Di Pasir Gudang, Shuk Sahar Tampil Mohon Maaf

Didakwa tidak sensitif dengan nasib penduduk dan mangsa pencemaran bahan kimia berbahaya di Pasir Gudang, Johor, pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar yang menerima kecaman daripada netizen tampil memohon maaf. Shuk menerima setiap teguran sebagai pengajaran untuk beliau memperbaiki kekurangannya.

Advertisement

Saya memohon maaf sekiranya apa yang disampaikan menyinggung mana-mana pihak. Segala teguran saya ambil sebagai pengajaran untuk sentiasa memperbaiki kekurangan yang ada.

Saya sentiasa mendoakan supaya semua warga Pasir Gudang berada dalam keadaan selamat dan sama-sama berharap musibah ini akan berakhir dengan kadar segera.

Terdahulu, Shuk yang juga salah seorang penyampai Geng Pahit Hot di stesen radio Hot FM membuat lawak ‘hambar’ degan mengatakan batapa beruntungnya jika mereka bekerja di Johor kerana boleh bercuti disebabkan musibah bahan kimia tersebut.

Kata-kata Syuk berbunyi,  “Kenapalah konti kita bukan dekat Johor, kalau tidak mesti dah cuti” membangkitkan kemarahan netizen, kenapa musibah yang berlaku dijadikan bahan lawak pula. Seolah-olah mempersendakan kejadian yang mengancam nyawa itu.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...