Didakwa tidak sensitif dengan nasib penduduk dan mangsa pencemaran bahan kimia berbahaya di Pasir Gudang, Johor, pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar yang menerima kecaman daripada netizen tampil memohon maaf. Shuk menerima setiap teguran sebagai pengajaran untuk beliau memperbaiki kekurangannya.
Saya memohon maaf sekiranya apa yang disampaikan menyinggung mana-mana pihak. Segala teguran saya ambil sebagai pengajaran untuk sentiasa memperbaiki kekurangan yang ada.
Saya sentiasa mendoakan supaya semua warga Pasir Gudang berada dalam keadaan selamat dan sama-sama berharap musibah ini akan berakhir dengan kadar segera.
Kata-kata Syuk berbunyi, “Kenapalah konti kita bukan dekat Johor, kalau tidak mesti dah cuti” membangkitkan kemarahan netizen, kenapa musibah yang berlaku dijadikan bahan lawak pula. Seolah-olah mempersendakan kejadian yang mengancam nyawa itu.