Susulan kenyataan Exco Puteri UMNO Dira Abu Zahar terhadap Fathia Latiff yang tidak perlu mencampuri urusan kerajaan sekiranya beliau tidak dapat turun padang dan melihat sendiri apa yang diperlukan oleh rakyat, Fathia menerusi akaun Twitternya tampil mempertahankan diri.
Fathia akan terus menyuarakan pendapat beliau tentang isu politik tanpa rasa takut ataupun meminta sebarang pertolongan daripada sesiapa.
Apa yang dikatakan oleh Fathia itu mendapat pelbagai respon daripada netizen yang majoritinya menyokong Fathia. Malah, Dira juga dilihat turut memberikan komen di “tweet” tersebut.