Dikatakan Terlalu Kurus, Fieya Julia Dituduh Ambil ‘Barang’ Untuk Turun Berat Badan

Hiburan

Dikatakan Terlalu Kurus, Fieya Julia Dituduh Ambil ‘Barang’ Untuk Turun Berat Badan

Sebelum ini, penyanyi Fieya Julia meluahkan rasa sedih apabila didakwa mengambil barang terlarang gara-gara tubuh badannya yang terlalu kurus.

Kecewa dengan kata-kata tersebut, Fieya atau nama sebenarnya Nur Syafiyah Sejali kemudiannya berusaha keras untuk menaikkan berat badan agar tubuh badannya kelihatan lebih berisi.

Advertisement

Namun, apabila perubahan pada bentuk tubuh badannya semakin ketara, penyanyi itu malah dituduh sudah berkahwin pula.

Bila masa pula saya kahwin? Sedih la macam ni. Stress sebab ramai betul cakap saya dah berkahwin sedangkan bayang untuk berkahwin pun belum nampak.

Saya dulu kurus pun orang kecam, orang cakap macam orang sakit, tak cukup zat, main barang lah apalah, semua tuduhan tak masuk akal.

Menurut Fieya, dia cuba untuk menaikkan berat badan agar tidak lagi dikecam seperti dulu, namun tidak menyangka walaupun selepas berjaya menaikkan berat badan dia sekali lagi  dikecam.

Lama-lama biar je la, kita buat la macam mana pun pasti ada yang tak suka. So, jadi diri sendiri je, abaikan apa orang cakap.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Perasaanku itu turut meminta mana-mana pihak agar tidak lagi menggunakan gambarnya tidak bertudung selepas mengambil keputusan untuk berhijrah pada Ogos tahun lalu.

Banyak lagi gambar lebih baik awak boleh guna, kalau tak cukup dalam Instagram, saya boleh bagi sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fieya Julia
3 years ago

Rela Padam Video 'Free Hair' Di YouTube, Fieya Julia Tak Menyesal Biarpun Pendapatan Terjejas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...