Rela Padam Video ‘Free Hair’ Di YouTube, Fieya Julia Tak Menyesal Biarpun Pendapatan Terjejas

Hiburan

Rela Padam Video ‘Free Hair’ Di YouTube, Fieya Julia Tak Menyesal Biarpun Pendapatan Terjejas

Selepas mengambil keputusan untuk berhijrah pada Ogos lalu, penyanyi Fieya Julia turut memadam semua kandungan video di YouTube yang sebelum ini memaparkan rambutnya.

selebriti wanita berhijab
9 bulan lalu

Berhijab Kini, Penghijrahan 10 Selebriti Wanita Ini Dipenuhi Cerita Tersendiri

Advertisement

Biarpun pendapatan agak terjejas selepas memadam video-video tersebut, namun Fieya atau nama sebenarnya Nur Syafiqah Sejali tidak pernah menyesal membuat keputusan itu.

Malah, penyanyi tersebut lebih bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak video lagu cover dengan imej baharu dengan memuat naik di platform media sosial berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fieya Julia (@fieyajulia)

Advertisement

Saya tak rasa rugi pun padam content di YouTube yang sebelum ini menjana pendapatan untuk saya. Sejujurnya, pendapatan di YouTube tu memang kurang, tapi saya tak kisah.

Fieya akui sudah lama menyimpan hasrat untuk memakai hijab dan perubahan itu atas kerelaan diri sendiri untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

Fieya Julia

Dalam pada itu, dia turut berkata kini dirinya berasa lebih tenang dan berharap agar mana-mana platform lain yang mempunyai gambarnya tidak menutup aurat dengan sempurna dapat dipadamkan.

Rezeki ada dimana-mana sahaja.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...