Dijangka Bersalin Bulan Hadapan, Ernie Zakri Cari Pengganti Penyanyi Lagu Boneka Untuk AJL36

Hiburan

Dijangka Bersalin Bulan Hadapan, Ernie Zakri Cari Pengganti Penyanyi Lagu Boneka Untuk AJL36

Penyanyi Ernie Zakri yang kini sarat hamil lapan bulan memaklumkan bahaw dia sedang mencari pengganti bagi menyanyikan lagu Boneka yang akan bertanding di pentas akhir Anugerah Juara Lagu yang ke-36.

Ujar Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri,29, dia tidak dapat menghadirkan diri bertanding pada malam itu kerana bakal melahirkan anak sulung dalam masa terdekat ini.

Advertisement

Ernie Zakri
2 years ago

Ernie Zakri Dedah Tabiat Pelik Sewaktu Mengandung, Suka Kunyah Ais Setiap Hari Macam Snek

Meskipun tidak dapat dipastikan lagi bila tarikh akhir persembahan untuk AJL36 itu nanti, Ernie berkata ia mungkin diadakan sekitar bulan Februari atau Mac.

Kalau Februari, Insya-Allah saya bakal melahirkan dan kalau Mac pula saya tengah berpantang. Jadi mustahil bagi saya untuk berada di atas pentas pada waktu itu.

Berikutan itu, Ernie dan syarikat rakamannya kini sedang dalam proses perbincangan untuk mencari calon yang sesuai bagi menggantikan dirinya pada malam pentas akhir tersebut.

Jelasnya, dia dan pihak terlibat perlu mendapatkan pendapat dan kebenaran daripada komposer lagu Boneka iaitu Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh tentang siapakah akan menggantikan dirinya kelak.

Dia dalam pada itu berkata bahawa mereka banyak menerima cadangan daripada netizen mengenai siapakah penyanyi yang sesuai untuk menjadi pengganti dan antara nama artis yang diterima adalah seperti Ziana Zain.

Tetapi macam yang saya katakan, kami masih lagi mencari calon pengganti dan berharap agar dia dapat memberikan persembahan yang best di pentas AJL36 nanti.

Sekadar info, Ernie dan Syamel telah mendirikan rumah tangga pada 26 Mac tahun lalu bertempat di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Ernie kemudian dijangka akan melahirkan seorang bayi perempuan pada Februari ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...