Ernie Zakri Dedah Tabiat Pelik Sewaktu Mengandung, Suka Kunyah Ais Setiap Hari Macam Snek

Hiburan

Ernie Zakri Dedah Tabiat Pelik Sewaktu Mengandung, Suka Kunyah Ais Setiap Hari Macam Snek

Bakal bergelar ibu tidak lama lagi, penyanyi Ernie Zakri baru-baru ini mendedahkan tabiat pelik yang sering dia lakukan sepanjang kehamilannya.

Ernie Zakri
2 years ago

Sarat Hamil 7 Bulan, Ernie Zakri Tetap Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Advertisement

Menurut Ernie, dia tidak mengidam makanan yang pelik sepanjang tempoh kehamilannya sebaliknya mempuyai tabiat pelik kerana sukar menahan diri daripada mengunyah ketulan ais.

Setakat ini Alhamdulillah saya tak ada mengidam benda yang pelik, semuanya yang mudah-mudah sahaja. Cuma saya rasa habit yang saya perlu stop ialah menguyah ais.

Ernie turut memaklumkan bahawa perkara itu tidak pernah dibuatnya sebelum ini dan dia juga kurang minum ais kerana menyanyi tetapi ianya sudah menjadi seperti snek serta akan diminta setiap hari sewaktu mengandung ini.

Selalunya orang akan tanya nak keropok? Tetapi suami saya akan tanya nak ais?

Dalam pada itu, Ernie sempat juga memberitahu yang dia banyak mendapatkan nasihat daripada ibunya tentang persediaan untuk menyambut kelahiran bayi sulungnya tidak lama lagi.

Ernie Zakri & Syamel

Tambah Ernie, Syamel sudah pun mendedahkan jantina bayi mereka ketika konsert di Istana Budaya dan InshaAllah mereka bakal menimang seorang cahaya mata perempuan.

Mengulas tentang persiapan mereka, Ernie memberitahu yang persiapannya setakat ini sudah lebih kurang 70 peratus namun dia dan Syamel tidak mahu terlalu ghairah membeli barang bayi kerana risau dia membesar dengan cepat.

Sekadar info, Ernie dan Syamel telah mendirikan rumah tangga mereka pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...