Sebelum ini, tular di media sosial mengenai remaja Sindrom Down bernama Bella yang dipercayai didera ketika berada dalam jagaan sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Rumah Bonda telah mendapat perhatian orang ramai termasuk kalangan artis.
Baru-baru ini, saksi pendakwaan pertama iaitu Zurianty Sudin yang juga rakan kepada Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali telah mendedahkan perkara sebenar.
Menurut laporan Kosmo, sewaktu dia dan Bella sedang berada di dalam ambulans dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Bella telah memaklumkan kepadanya bahawa dia telah di ‘cili’, dijirus air panas dan diikat.
Semasa dalam ambulans ke HKL, saya ada bertanya kepada Bella apa yang jadi, Bella yang mengatakan dia di ‘cili’ dijirus air panas dan kena ikat.
Malah, setibanya di HKL, Zurianty melihat keadaan Bella seperti tidak larat berjalan selain Bella turut mengatakan kakinya sakit.
Terdahulu, Zurianti telah membawa Bella ke HKL selepas mendapati remaja berkenaan mengalami kecederaan seperti melecur di bahagian tangan, dada, paha dan beberapa bahagian lain sebelum turut membuat satu laporan polis.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.