Dihalau Keluar Rumah Sewa, Tular Video Pengguna TikTok Tuduh Polis ‘Corrupt’ Dicari

Berita

Dihalau Keluar Rumah Sewa, Tular Video Pengguna TikTok Tuduh Polis ‘Corrupt’ Dicari

Baru-baru ini tular, seorang wanita yang memuat naik video menerusi laman TikTok miliknya yang menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap pemilik rumah yang membuat laporan polis terhadapnya.

Menurut laporan Utusan, pengguna wanita itu kini sedang dikesan polis selepas membuat dakwaan ‘polis korup’ dalam akaun itu.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, tindakan wanita berkenaan dikatakan akibat tidak berpuas hati apabila dihalau keluar dari rumah sewanya di Pangsapuri Sri Alam.

polis

Pemilik asal rumah membuat laporan polis kerana suspek didapati enggan keluar daripada rumah.

Menurut Baharudin, pemilik rumah membuat laporan polis memaklumkan dia telah membenarkan wanita berkenaan menghuni secara ihsan, namun sudah pun memberi notis selama dua bulan supaya dia berpindah.

polis

Bagaimanapun, jelas Baharudin, polis sedang mengesan wanita terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Hazimah di talian 03-55202222.

motor
2 years ago

(VIDEO) "Lepas Gian" - Polis Siasat Penunggang Motosikal ‘Wheelie’ Dengan Kelajuan 280 Km/j

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...