Kembali memegang status ibu tunggal, Fiza Halim sebelum ini telah mengaku bercerai buat kali ketiga pada 22 Julai tahun lalu.
Meskipun agak lama masa diambil buat pelakon wanita ini untuk mendedahkan perkara sebenar, Fiza walaubagaimanapun reda apabila jodohnya bersama juruterbang, Aizat Al Jefri itu tidak berpanjangan meskipun hanya 4 tahun berumah tangga.
Terbaru, muncul pula dakwaan daripada seorang wanita yang dikatakan bekas adik ipar Fiza yang mendedahkan punca sebenar abangnya dan pelakon jelita itu bercerai.
Dikenali sebagai Afrina, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Binti Abd. Halim sebenarnya menjalin cinta dengan abangnya yang ketika itu masih bersuami orang.
Perkara tersebut didedahkan Afrina menerusi sebuah rangkaian twit di laman Twitter dan juga Instagram Stories, kelmarin.
Malah, menurut wanita itu lagi, Fiza juga digambarkan sebagai seorang yang suka mengikis duit dan tidak menghormati keluarga bekas suaminya itu.
Ujar Afrina lagi, Fiza juga banyak mengeluh dan memburukkan suami sendiri ketika Aizat tidak dapat bekerja selama 3 bulan gara-gara pandemik yang melanda dunia sejak beberapa tahun lalu.
Meskipun berita ini mula menjadi tular dalam kalangan netizen, Fiza dilihat masih belum tampil memberi respon mengenai isu ini.
Spill the tea pasal Fiza Halim / Fiza Elite. PART 1
ARTIS HOMEWRECKER – Penyondol ? – Mata Duitan – Pemecah belah keluarga pic.twitter.com/Z3kWdw4dc9
— Afrina Farzana (@Afrinafarz) July 9, 2021
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.