Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Digelar Agnes Monica Malaysia, Peminat Saran Tiz Zaqyah Mula Menyanyi Pula

Tiz Zaqyah

Bakat lakonan pelakon wanita Tiz Zaqyah memang tidak dapat dinafikan lagi apabila drama lakonannya sering dinantikan peminat drama tempatan di Malaysia.

Namun, Tiz Zaqyah sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila dia dilihat tidak kekok apabila diminta menyanyi meskipun hanya sekadar lagu saduran penyanyi popular.

Advertisement

Dia yang sering memuat naik video dirinya melakukan ‘cover’ lagu di Instagram dikatakan turut mempunyai bakat nyanyian kerana memiliki suara yang merdu.

Malah, ada peminat tampil menyamakan pelakon drama Isteri Misteri itu dengan penyanyi antarabangsa, Agnes Monica.

Jika dahulu, Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak pernah berduet bersama penyanyi Yassin sempena lagu runut filem Nur Kasih pada tahun 2011 yang lalu, bakat nyanyian Tiz seolah-olah dipendam sehinggalah dia kembali aktif menyanyi sejak kebelakangan ini.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat memuji kelunakan suara serak basah yang dimiliki Tiz dan ada juga yang berpendapat bahawa dia patut merakamkan album dan bergelar penyanyi selain menjadi pelakon.

Mungkin ingin memulakan langkah pertama, Tiz kini muncul dengan lagu terbaru berjudul No Corona bersama penyanyi terkenal lain seperti Awi Rafael, Mimi Fly, Ning Baizura serta beberapa penyanyi baru.

Sedap tak suara Tiz Zaqyah? Apa-apapun semoga maju jaya diucapkan buat Tiz Zaqyah!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Peminat BN

    June 24, 2021 at 9:50 pm

    Hrp astro blh anjurkan Gempak Superstar musim ke2 (juara pertama Siti Eliizad). Kali ni mestilah disertai oleh Tiz Zaqyah, Raysha Rizrose, Hannah Delisha, Zara Zya dan beberapa pelakon lain

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top