Pelakon Tiz Zaqyah memang tidak dinafikan mempunyai bakat dalam bidang lakonan kerana kebanyakan watak yang dibawanya sering mendapat tempat dalam hati penonton drama tempatan.

Baru-baru ini, Tiz Zaqyah sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila dia tampil menyanyikan lagu Bukan Aku Tak Cinta nyanyian asal kumpulan Iklim.
Difahamkan, video nyanyian Tiz itu dirakam oleh pelakon Umie Aida ketika mereka sedang menjalani penggambara drama terbaru berjudul Covid Oh Covid.
Tampil teruja ketika melantunkan lagu tersebut, pelakon filem popular Nur Kasih The Movie ini berkata dia seronok melakonkan babak tersebut meskipun suaranya tidak berada dalam keadaan yang baik.
View this post on Instagram“Semalam punya cerita. Geram pulak tengok mic tu. Walaupun surara masih tengah recover. Kau degil Tizzy. Sampai bila nak sihat suara tu. Tapi apapun had fun semalam at shoot untuk scene ni. Bukan curi mic je, curi Instagram story kak @umieaida9 jugak..”
AdvertisementKata Tiz lagi, dia memang meminati lagu-lagu nyanyian Allahyarham Saleem daripada kumpulan Iklim dan sempat memberi penghormatan buat vokalis kumpulan rock terkenal itu.
View this post on InstagramMeninjau ruangan komen, ramai peminat serta rakan artis tampil memuji bakat terpendam yang dimiliki oleh Tiz Zaqyah dan berharap akan ada kemunculan lagu terbaru nyanyian pelakon wanita itu.
Sekadar info, drama Covid Oh Covid lakonan Tiz bakal disiarkan di slot Lestari TV3 pada setiap Rabu hingga Sabtu jam 9.00 malam dan turut dibintangi pelakon hebat seperti Umie Aida, Nora Danish, Adibah Noor dan ramai lagi.
SUMBER : Instagram Tiz Zaqyah
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.2 Comments
Tinggalkan Komen Anda Di Sini
Loading...
tecit
March 29, 2021 at 11:10 am
hmmm. better than fattzura huhuhu
anonymous
March 29, 2021 at 10:44 am
diaa ni baguih tak hipokrit always be herself