Isu berkaitan pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia masih menjadi perhatian ramai serta difahamkan dari pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM), mereka menerima surat rayuan dari pemain muda itu.
Mengambil laporan dari The Sun Daily, surat rayuan itu telah dibuat sendiri oleh Lee Zii Jia bagi menyelamatkan kariernya sebagai pemain badminton selepas BAM ingin menggantungnya dari menyertai mana-mana kejohanan badminton selama dua tahun.
Sebagai badan yang menjaga kepentingan badminton negara, pihak kami memang menelilti perkara tersebut secepat yang mungkin.
Menurut pihak BAM lagi, keputusan yang dilakukan bukan saja untuk menjaga serta melindungi sukan terbabit tapi demi pemain serta mutu kualiti sukan tersebut, ini kerana mereka mendengari setiap maklum balas dari netizen yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu.
Dalam pada hari yang sama, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei sempat bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu dimana beliau berkata akan cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan keadilan buat kedua-dua pemain ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.