“Kalau Orang Lain BAM Tak ‘Bunyi’ Pun” – Roslin Hashim Bersuara Isu Lee Zii Jia Kena Bayar Pampasan

Berita

“Kalau Orang Lain BAM Tak ‘Bunyi’ Pun” – Roslin Hashim Bersuara Isu Lee Zii Jia Kena Bayar Pampasan

Masih dapat dirasakan kehangatan isu pemain badminton negara perseorangan yang cukup disayangi ramai iaitu Lee Zii Jia keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) diperkatakan di media sosial.

Disebabkan itu, BAM terpaksa mengenakan bayaran pampasan yang perlu dibuat oleh pemain badminton nombor 7 dunia agar pemain lain tidak mengikuti jejak langkahnya.

Advertisement

Hal ini sekaligus telah menarik perhatian bekas pemain badminton nombor 1 dunia iaitu Roslin Hashim dimana beliau menjangkakan tindakan tersebut tidak akan dikenakan buat Lee Zii Jia.

Difahamkan dari laporan Utusan, Roslin tidak dapat menafikan bahawa pengunduran pemain muda berumur 23 tahun ini menjadi satu tamparan hebat buat BAM kerana ia melibatkan pemain utama dalam persatuan mereka.

Meninjau di ruangan komen video asal yang dimuat naik di TikTok, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan beliau dan menganggap tindakan yang dikenakan buat Lee Zii Jia itu tidak adil dan perlu diselesaikan dengan cara yang baik agar memudahkan kedua-dua pihak.

Komen TikTokSumber : TikTok  

Rashid Sidek berang Lee Zii Jia letak jawatan
2 years ago

"Jangan Lupa Daratan, Ingat Sikit Siapa Tolong" - Rashid Sidek Berang Lee Zii Jia Keluar BAM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...