Setelah agak lama menyepi daripada media sosial, pensohor media sosial yang terkenal dengan ‘tagline’ Beep Beep, Liana kembali memberi penjelasan terhadap tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya suatu ketika dahulu.
Mengimbas kembali, Liana didakwa telah melanggar kontrak majikannya iaitu Syarikat Unique Scene Media (USM) dan dituduh mencuri barang milik mereka.
Dalam video penjelasan tersebut, Liana memaklumkan bahawa dia sudah memenangi kes saman terhadap syarikat media itu dan telah berjaya ‘membersihkan’ namanya dari sudut perundangan.
Ujar Liana, segalanya bermula apabila dia mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dan bekerja di bawah syarikat itu meskipun ditawarkan pelanjutan kontrak selama 5 tahun.
Gara-gara enggan meneruskan kontrak, wakil syarikat USM itu kemudiannya telah memuat naik tiga video secara serentak dengan niat untuk memburukkan nama Liana pada ketika itu.
Malah, maklumat peribadi Liana turut didedahkan kepada umum, dituduh mencuri wang syarikat sebanyak RM8,000 dan dua gelang emas selain didakwa tidak jujur dalam kes percutian bulan madu di Dubai yang ditaja sebelum ini.
Liana juga dituduh menggunakan suara ‘trademark’ yang dibuat-buat meskipun ia adalah perwatakan pensohor media sosial itu sejak awal lagi.
Difahamkan, pihak syarikat itu gagal hadir sepanjang perbicaraan berlangsung, tidak mempertahankan diri, telah mengubah suai maklumat syarikat yang ditandatangani di dalam kontrak serta maklumat rasmi ssm mereka ketika perbicaraan dijalankan.
Ujar Liana, sepanjang waktu itu, dirinya dikecam hebat dan ternyata telah mengganggu kehidupan peribadinya. Dia yang pada ketika itu sedang berada dalam trimester pertama kehamilan mengalami tekanan yang sangat kuat sehingga terpaksa mendiamkan diri buat seketika.
Jelas Liana, dia sangat bersyukur apabila memenangi kes tersebut mengikut sisi undang-undang dan akan meneruskan perjuangan menuntut ganti rugi yang dihadapi setelah kariernya terjejas akibat fitnah tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.