“Dah Merdeka Tapi Minda Masih Dijajah” – Anak Tak Menang Pertandingan Baju Kemerdekaan, Bapa Pertikai ‘Ilmu’ Juri

Kehidupan

“Dah Merdeka Tapi Minda Masih Dijajah” –  Anak Tak Menang Pertandingan Baju Kemerdekaan, Bapa Pertikai ‘Ilmu’ Juri

Sempena bulan kemerdekaan yang disambut setiap tahun pada bulan Ogos, pastinya institusi awam seperti sekolah akan menganjurkan pertandingan ataupun peraduan untuk para pelajar bagi meraikan bulan bertuah itu.

Namun, perkongsian seorang bapa tunggal meluahkan pendapat mengenai anaknya yang tidak dipilih sebagai pemenang bagi pertandingan pakaian tema patriotik telah menjadi bahan bualan netizen hujung minggu lalu.

Advertisement

Difahamkan, si bapa itu meluahkan rasa tidak puas hati dengan tahap penilaian dan mempertikaikan tahap kebijakan juri-juri yang terlibat dalam pertandingan tersebut.

Bangga dengan buatan tangan sendiri. Kalah menang adat pertandingan. Kami hanya menitikkan kekemasan tanpa mencemar Jalur Gemilang. Juri dapat mana tu?

Ujarnya lagi, dia tidak mahu mempersoalkan kemenangan yang berpihak kepada murid lain namun tertanya-tanya mengenai kriteria pemilihan pakaian dan penilaian juri.

Aku tak faham, baju dress, baju kepuk-kepuk yang menang. Apa nilainya, kelebihannya pada baju dress tu untuk kemerdekaan kita kan?

Atau korang suka sebab kena jajah? Sepatutnya masa inilah kita tonjolkan kepada anak-anak atau generasi akan datang mengenai kita punyai pakaian tradisi dan beruniform.

Dia juga memaklumkan bawah penyertaan anaknya dalam pertandingan pakaian beragam itu bukan untuk kemenangan tapi hanya menyokong program anjuran pihak sekolah selain content TikTok semata-mata.

Sudah tentu kita boleh agak juri tak akan pilih anak saya sebab juri sekolah tak profesional dan kurang ilmu menjuri. Tapi kami dah terima jemputan untuk hadir majlis yang dijalankan oleh profesional.

Berikutan itu, ramai netizen tampil mempersoalkan tindakan bapa tunggal itu yang seolah-olah tidak dapat menerima keputusan yang dibuat juri pertandingan tersebut.

Menjadi perhatian adalah pelajar yang lebih patut menang (bukan anak saya tapi tak menang. Tu je. Kami dah dapat 2.2 juta views penonton. Awak dapat apa?

Cikgu kat sekolah tu kalau buat pertandingan, kau jangan cakap ini bukan nak cari siapa menang, siapa kalah. Mak ayah dah berhabis duit sokong program kau, lepas tu kau cakap macam tu. Tolonglah jaga hati sikit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

NPC tiktok mengemis alaf baru
9 months ago

(VIDEO)" Sedapnya Aiskrim!" - Pakat Buat 'Live NPC' Di TikTok, Cara Minta Sedekah Alaf Baru?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...