Pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie serta pemandu peribadi mereka, Zen Vivanto dijatuhi hukuman penjara selama setahun oleh Mahkamah Pengadilan Negeri Jakarta Pusat.
Hukuman tersebut diputuskan oleh barisan hakim apabila mendapati ketiga-tiga mereka bersalah atas kesalahan kes salah laku dadah.
Mahkamah mendapati Nia, Ardi dan Zen wajar dijatuhkan hukuman penjara selepas terbukti secara sah dan meyakinkan ketiga-tiganya melakukan kesalahan.
Hukuman yang patut dijatuhkan kepada tertuduh adalah hukuman penjara.
Nia atau nama sebenarnya Prianti Nur Ramadhani dilihat menundukkan kepala dan menitiskan air mata selepas keputusan mahkamah itu dibaca, manakala Ardi hanya mampu menyaksikan tangisan si isteri.
Telah terbukti secara sah mereka melakukan kesalahan mengambil dadah.
Terdahulu, pelakon sinetron Bawang Merah Bawang Putih itu ditangkap di kediamannya di Pondok Indah, Jakarta Selatan. Polis turut menjumpai satu klip dadah jenis syabu bersama alat untuk mengambil dadah.