Kes ‘Kafirkan’ Ebit Lew, Ustaz Abu Syafiq Menang Saman Fitnah

Hiburan

Kes ‘Kafirkan’ Ebit Lew, Ustaz Abu Syafiq Menang Saman Fitnah

Pendakwah kontroversi, Ustaz Abu Syafiq tampil meluahkan rasa syukur apabila dia dilaporkan telah memenangi kes saman fitnah terhadapnya setelah dua tahun perbicaraan berlangsung.

Berita gembira tersebut turut dikongsikan Abu Syafiq menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan pengikut media sosialnya.

Advertisement

Dia yang kini berada di tanah suci Kota Mekah sedang menunaikan umrah memaklumkan bahawa individu yang memfitnahnya itu perlu membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar sejumlah wang sebagai ganti rugi.

Abu Syafiq dalam pada itu turut memberi pesanan khas kepada pemfitnah serta pemimpin-pemimpin yang zalim agar segera bertaubat kepada Allah S.W.T sebelum terlambat.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen Kuantan telah mengarahkan defendan bernama Hamidah Rapaee yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Abu Syafiq melalui sebuah penyiaran video di laman media sosial Facebook agar membayar pampasan bernilai RM100,000 dan ganti rugi teladan sebanyak RM20,000 kepada Abu Syafiq.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Peguam | Lawyer | (@hafidzahhassan)

Menerusi kenyataan peguam yang mewakili Abu Syafiq, Nurul Hafidzah dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors;

Mahkamah juga memerintahkan defendan menulis dan menyiarkan permohonan maaf kepada plaintif, Ustaz Abu Syafiq di laman Facebook dan Youtube milik defendan.

Satu injuksi menegah defendan daripada menerbitkan kenyataan-kenyataan fitnah terhadap plaintif pada masa hadapan juga telah diperintahkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen.

Sekadar info, Ustaz Abu Syafiq telah menyaman Hamidah Rapaee pada bulan Jun tahun 2020 kerana didakwa telah difitnah defendan tersebut menerusi beberapa kenyataannya di laman media sosial dan penyiaran video di Youtube.

Abu Syafiq juga ada menyaman pengacara televisyen Amin Idris sebanyak RM1 juta pada tahun 2020 kerana sebab yang sama iaitu difitnah dan perbicaraan kes akan bersambung pada 30 Januari nanti.

Antivaksin pendakwah terkenal
2 years ago

Penceramah Bebas Mengaku Tidak Divaksin, Bawa Jemaah Anti-Vaksin ke Arab Saudi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...