Baru sahaja didenda bayar kompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis pernikahannya, Neelofa dan suami iaitu Muhammad Haris sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila ‘ditangkap’ merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan bagi membeli karpet.
Berikutan beberapa keping gambar dan video pendek yang tular di serata media sosial kelmarin, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd Fazley Ab Rahman mengesahkan bahawa siasatan telah dijalankan ke atas pasangan selebriti itu.
“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah selesai siasatan. Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan kawalan Pergerakan Bersyarat (No4) 2021 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.”
View this post on Instagram
Belum reda lagi mengenai isu rentas negeri ke Langkawi sebelum ini, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan sikap Neelofa dan suami yang sepertinya tidak acuh dengan pematuhan SOP yang sudah berkuat kuasa sejak sekian lama ini.