Didakwa Putus Cinta Dengan Sharnaaz, Amelia Christie Akhirnya Bersuara – “Kalau Dia Tak Pernah Mengiyakan Apa Yang Kami Ada Selama Ini…”

Hiburan

Didakwa Putus Cinta Dengan Sharnaaz, Amelia Christie Akhirnya Bersuara – “Kalau Dia Tak Pernah Mengiyakan Apa Yang Kami Ada Selama Ini…”

Status hubungannya menjadi bualan hangat selepas aktor Sharnaaz Ahmad mengeluarkan kenyataan bahawa tidak pernah mengiyakan percintaan mereka.

Kenyataan Sharnaaz menerima kritikan ramai dan tuan empunya badan, Amelia Christie akhirnya tampil bersuara dan memberi penjelasan bagi pihaknya.

Advertisement

Sharnaaz amelia
2 months ago

"Tak 'Gentle' Mat, Dah Usung Ke Hulu Hilir" - Peminat Tak Puas Hati Sharnaaz Ahmad Tak 'Mengiyakan' Kisah Cinta Dengan Amelia Christie

 

Redha saja

Kata aktres itu, dia redha dengan kenyataan yang diberikan oleh Sharnaaz apabila ditanya tentang hubungan mereka selepas masing-masing dilihat tidak lagi mengikuti akaun Instagram.

Kalau dia tak pernah mengiyakan apa yang kami ada (hubungan) selama ini, saya terima saja. Terus terang, saya tidak mahu membesarkan hal yang kecil. Tapi, saya perlu jelaskan saya tidak pernah ‘unfollow’ dan sekat akaun media sosial mana-mana pihak.

amelia sharnaaz

 

Terima dengan hati terbuka

Dalam pada itu, Amelia juga berkata perjalanan hidupanya masih panjang dan banyak dugaan yang akan ditempuh di masa akan datang.

Walau bagaimanapun, dia mengakui rasa sayangnya terhadap satu-satunya anak Sharnaaz, Jebat Jayden sememangnya ikhlas dari hati.

Saya terima dengan hati terbuka dan move on. Saya bersyukur Allah hadirkan orang yang baik dalam hidup saya. Sayang dan kasih saya pada Jebat Jayden ikhlas dan tulus.

amelia jebat

 

Tak ada niat jatuhkan maruah sesiapa

Ujar Amelia lagi, penjelasan diberikan ini bukanlah berniat untuk menjatuhkan maruah mana-mana pihak atau bermusuh dengan sesiapa.

Katanya, dia hanya mahu meneruskan kehidupan dengan hal-hal yang boleh menggembirakan diirnya dan membuatkan fikirannya lebih positif.

Fokus utama saya sekarang adalah memastikan perniagaan saya berjalan lancar. Alhamdulillah saya gembira dengan kerjaya sebagai usahawan sekarang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...