Didakwa Mengasari Wartawan, Bekas Suami Siti Saleha ‘Offer’ Pampasan Sebulan Gaji

Hiburan

Didakwa Mengasari Wartawan, Bekas Suami Siti Saleha ‘Offer’ Pampasan Sebulan Gaji

Seorang pegawai khas Ahli Parlimen Pekan Najib Razak, Ahmad Lutfi Azhar menjadi tumpuan warga maya apabila dia dikatakan telah membuat kekecohan dan bertengkar dengan pihak media.

Dilaporkan Lutfi yang juga merupakan bekas suami kepada pelakon jelita, Siti Saleha telah bertindak memarahi wartawan terbabit kerana enggan memadamkan foto yang diambilnya.

Advertisement

Lutfi juga didakwa telah mengeluarkan perkataan kesat dan merapatkan mukanya dengan wartawan itu.

Enggan mengeruhkan keadaan, Lutfi kemudian tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan perkara sebenar.

Katanya, dia menganggap tindakannya itu sebagai tegas tetapi tidak kesat dan mengakui apa yang terjadi itu benar-benar berlaku.

Malah, dia juga menawarkan pampasan sebanyak satu bulan gaji kepada pihak yang terkesan dengan insiden itu.

Saya dengan tulus ikhlas memohon maaf atas salah faham dan jika saya nampak seolah-olah menyinggung perasaan.

Lutfi bekas suami Siti SalehaSumber : Astro Gempak  

Saya tegas tetapi tidak kesat, bagaimanapun saya tahu saya salah kerana saya tidak sepatutnya meminta media memadamkan gambar walaupun dia mengambil gambar saya dan bukan Najib.

Ujar Lutfi, tindakan itu adalah di luar kebiasaan dan mungkin terjadi disebabkan oleh situasi tegang dan juga keletihan.

Job hopping
2 years ago

"Kerajaan Perlu Perkenal Undang-Undang Baru Halang Individu 'Lompat Kerja' Dengan Kerap" - FMBA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...