Seorang pegawai khas Ahli Parlimen Pekan Najib Razak, Ahmad Lutfi Azhar menjadi tumpuan warga maya apabila dia dikatakan telah membuat kekecohan dan bertengkar dengan pihak media.
Dilaporkan Lutfi yang juga merupakan bekas suami kepada pelakon jelita, Siti Saleha telah bertindak memarahi wartawan terbabit kerana enggan memadamkan foto yang diambilnya.
Lutfi juga didakwa telah mengeluarkan perkataan kesat dan merapatkan mukanya dengan wartawan itu.
1. Ahmad Lutfi Azhar (in blue coat), the special officer to former PM Najib Razak, has offered an apology as well as a month's salary after a row with a journalist on Tuesday, where he supposedly berated the newswoman. pic.twitter.com/ZMlQIYVX9t
— emmanuelsamarathisa (@esshimself) March 10, 2022
Enggan mengeruhkan keadaan, Lutfi kemudian tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan perkara sebenar.
Katanya, dia menganggap tindakannya itu sebagai tegas tetapi tidak kesat dan mengakui apa yang terjadi itu benar-benar berlaku.
Malah, dia juga menawarkan pampasan sebanyak satu bulan gaji kepada pihak yang terkesan dengan insiden itu.
Saya dengan tulus ikhlas memohon maaf atas salah faham dan jika saya nampak seolah-olah menyinggung perasaan.
Saya tegas tetapi tidak kesat, bagaimanapun saya tahu saya salah kerana saya tidak sepatutnya meminta media memadamkan gambar walaupun dia mengambil gambar saya dan bukan Najib.
Ujar Lutfi, tindakan itu adalah di luar kebiasaan dan mungkin terjadi disebabkan oleh situasi tegang dan juga keletihan.