Didakwa Memberontak Dan Lupa Tuhan, Ini Jawapan Puteri Balqis

Hiburan

Didakwa Memberontak Dan Lupa Tuhan, Ini Jawapan Puteri Balqis

Pelakon cilik yang kini meningkat dewasa, Puteri Balqis tampil memberi respon berhubung persoalan netizen yang mendakwa dirinya memberontak dan tidak ingat Tuhan.

Menerusi InstaStory miliknya, Balqis menjawab persoalan berkenaan selepas seorang netizen bertanya menerusi ruangan soal jawab.

Advertisement

“Hello adik, orang kata adik memberontak dan tidak ingat Tuhan. Apa yang adik belajar dari ibu?” tanya seorang netizen.

Terima kasih untuk soalan ini. Ibu saya wanita bertatu, sentiasa menolong haiwan sekecil serangga, tidak ada media sosial untuk mengelak dari mengumpat dan mengeji.

Tambah pelakon drama popular Akulah Balqis itu, ibunya juga seorang yang rajin bersedekah kepada pekerja pemotong rumput dan tukang sapu sampah.

Ini doa ibu saya setiap hari, ‘Wahai Pencipta kami, ampunkan seluruh hamba Mu, termasuk tumbuhan dan haiwan. Semoga seluruh hamba Mu dijauhkan dari seluruh pengkhianatan’

Terdahulu, penampilan terbaharu Balqis yang dilihat memakai skirt pendek dan stoking panjang berwarna hitam dan bercorak tengkorak telah mencetuskan tanda tanya orang ramai mengenai keadaan terkini pelakon berkenaan.

Baca: “Dia Tak Dididik Dengan Cara Islam Sejak Kecil” – Netizen Risau Tengok Penampilan Terbaru Puteri Balqis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Anony

    December 23, 2021 at 8:23 pm

    Pembetulan. Dr Amalina mmg tak bertudung sejak dulu. Dia hanya mengenakan tudung bila di sekolah atau di acara-acara yg berkaitan dgn sekolah shj.

  2. Anonymous

    December 23, 2021 at 7:02 pm

    Anon … 6.33 …

    Dr Amalina masuk syurga insha’Allah kerana tolong org selalu … Ko yg bertudung labuh suami ustaz masuk neraka …

    Kita tidak tahu …. ?

  3. Anon

    December 23, 2021 at 6:33 pm

    Saya prefer Balqis mcm ni. Let her be. Daripada jadi mcm doktor amalina. Kecik2 dah pakai tudung…now Tudung kemana skirt ke mna.

  4. Anonymous

    December 23, 2021 at 4:42 pm

    Semoga sentiasa Istiqomah. Aamin.

Loading...