Pelakon cilik yang kini meningkat dewasa, Puteri Balqis tampil memberi respon berhubung persoalan netizen yang mendakwa dirinya memberontak dan tidak ingat Tuhan.
Menerusi InstaStory miliknya, Balqis menjawab persoalan berkenaan selepas seorang netizen bertanya menerusi ruangan soal jawab.
“Hello adik, orang kata adik memberontak dan tidak ingat Tuhan. Apa yang adik belajar dari ibu?” tanya seorang netizen.
Terima kasih untuk soalan ini. Ibu saya wanita bertatu, sentiasa menolong haiwan sekecil serangga, tidak ada media sosial untuk mengelak dari mengumpat dan mengeji.
Tambah pelakon drama popular Akulah Balqis itu, ibunya juga seorang yang rajin bersedekah kepada pekerja pemotong rumput dan tukang sapu sampah.
Ini doa ibu saya setiap hari, ‘Wahai Pencipta kami, ampunkan seluruh hamba Mu, termasuk tumbuhan dan haiwan. Semoga seluruh hamba Mu dijauhkan dari seluruh pengkhianatan’
Terdahulu, penampilan terbaharu Balqis yang dilihat memakai skirt pendek dan stoking panjang berwarna hitam dan bercorak tengkorak telah mencetuskan tanda tanya orang ramai mengenai keadaan terkini pelakon berkenaan.