Didakwa Kahwin Sebab Kaya, Fatin Afeefa Dedah – “Awak Bukan Orang Kaya Pertama Yang Dekati Saya”

Hiburan

Didakwa Kahwin Sebab Kaya, Fatin Afeefa Dedah – “Awak Bukan Orang Kaya Pertama Yang Dekati Saya”

Seperti yang ramai ketahui, pelakon Fatin Afeefa baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Aliff Awang pada 30 December 2022 lalu.

Namun, muncul pula dakwaan mengatakan pelakon berusia 28 tahun itu berkahwin dengan suaminya hanya semata-mata darjatnya yang merupakan seorang yang berada.

Advertisement

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Aliff menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Jahanam betul lah, ada sorang mamat ni dia cakap Fatin Afeefa ni kahwin dengan saya sebab nak naik kereta mahal je.

Korang nak sangatkan? Korang cabar saya kan? Jom aku panggil bini aku, kita tanya bini aku dia kahwin dengan aku sebab apa.

Tampil menjawab dakwaan tersebut, Fatin atau nama penuhnya Fatin Nur Afifah binti Shamsudin mendedahkan suaminya bukanlah orang kaya pertama yang cuba untuk mendekatinya.

Awak bukanlah orang kaya pertama yang dekati saya. Tapi awak yang paling handsome. Saya pejam mata pun boleh rasa awak handsome. Kaya tu nombor dua.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut turut menafikan dakwaan individu tersebut kerana mengatakan pelakon Tentang Bulan itu sendiri merupakan seorang yang berada.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Makin Kerap 'Belanja', Riena Diana Akui Dari Dulu Seksi - "Tak Ada Kena Mengena Dengan Kisah Cinta"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...