Didakwa Hutang RM30,000, Safiey Illias Bengang Difitnah Bekas Kekasih

Hiburan

Didakwa Hutang RM30,000, Safiey Illias Bengang Difitnah Bekas Kekasih

Usahawan kosmetik kontroversi, Safiey Illias meluahkan rasa bengang apabila dia didakwa berhutang RM30,000 oleh bekas kekasihnya sendiri, lapor Harian Metro.

Safiey atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias memaklumkan bahawa individu tersebut turut memalukan dirinya seperti mengatakan dia miskin dan mengutip duit syiling untuk hidup.

Advertisement

Safiey Ilias

Jelas Safiey, dia hanya meminjam wang sebanyak RM1,000 bukanlah RM30,000 seperti yang didakwa bekas kekasihnya itu.

Kenapa dia kena fitnah cakap saya hutang sampai RM30,000? apa saya tahu, RM1,000 dia pernah bagi pinjam. Lagi pula selama kami bersama berapa banyak dia kikis duit saya.

Dalam pada itu, Safiey menerusi beberapa hantaran di Instagram turut mendedahkan bahawa individu berkenaan telah disaman kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Safiey Illias

Safiey sempat menyampaikan pesanan kepada netizen di luar sana tidak membeli ubat ‘drip’ dan produk suntikan pemutih yang dijual di internet kerana boleh menyebabkan sakit buah pinggang kronik.

4 years ago

"Sama Seperti Buat Tatu.."- Sulam Bedak Tak Sah Bawa Solat, Safiey Ilias Minta Wanita Muslimah Berhati-Hati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...