Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Sama Seperti Buat Tatu..”- Sulam Bedak Tak Sah Bawa Solat, Safiey Ilias Minta Wanita Muslimah Berhati-Hati

Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Safiey Ilias membuat satu pendedahan di mana dia menjelaskan bahawa sulam bedak sebenarnya tidak mesra wuduk untuk wanita muslimah mengerjakan solat.

Safiey iliasSumber : Instagram Safiey Ilias  

Menurutnya lagi, proses sulam bedak itu sama seperti mencacah tatu di badan di mana warnanya akan kekal selama tiga hingga enam bulan.

Advertisement

Tambah Safiey, dia tampil untuk berkongsi mengenai perkara tersebut kerana tidak suka orang ramai dimomokkan dengan cerita penipuan yang mengatakan wanita yang melakukan sulam bedak di wajah boleh menunaikan solat seperti biasa.

“Sebenarnya tahu tak sulam tu apa? Saya cakap terus terang ya, proses dia macam buat tatu. Saya tak suka bila ada yang tipu cakap boleh bawa solat. Konon sah solat bila buat sulam kening atau bibir atau segala jenis sulam bedak. Tak..sebabnya dia ada pgimen warna yang dimasukkan sebab itu akan dibius.”

Jelasnya lagi, jika sesuatu bahan itu mesra wuduk, apabila dibilas dengan air pastinya akan hilang, berbeza dengan teknik sulam bedak ini.

Advertisement

“Bila nak solat, kita mesti akan bersihkan semua supaya air dapat mengalir ke seluruh anggota badan. kalau warna masih kekal selama tiga hingga enam bulan, itu apa?”

Safiey berkongsikan pesanannya itu menerusi sebuah video yang memaparkan dia sedang melakukan sulam kening di sebuah pusat kecantikan.

Dia dalam pada itu menzahirkan perasaan kasihat apabila ramai wanita muslimah telah ditipu oleh segelintir peniaga dan pengusaha yang mementingkan keuntungan semata-mata.

Tegas Safiey, dia tidak berniat untuk menutup periuk nasi mana-mana pengusaha kecantikan namun hanya berkongsi atas dasar tanggungjawab untuk bercerita mengenai hal yang sebenar.

“Tak boleh macam tu..tolong bagitahu pelanggan perkara sebenar apa yang dilakukan. Jangan nak tamak duit..” ujar Safiey lagi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. takut

    March 4, 2021 at 1:58 pm

    hm…..
    safie sendiri x takut ke… x sah solat tu… semoga sempat bertaubat..

  2. Vazz

    March 3, 2021 at 7:02 pm

    Lepas tu dia buat..

  3. cjndfdfl

    March 3, 2021 at 4:51 pm

    dia menyampaikan ilmu, kita kene terima, wpon info tu dtg dari golongan mcm dia.

  4. Anonymous

    March 3, 2021 at 4:15 pm

    bagus pulak bang alie ni. maknanya dlm hati dia masih ade secebis iman yang kesiankan org Islam kena tipu. doa supaya kembali mendapat hidayah dan dirahmati Allah.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama