Didakwa ‘DM’ Wanita Lain Ketika Bersama Bella Astillah, PA Syed Saddiq Beri Respon – “Sesuatu Sangat”

Hiburan

Didakwa ‘DM’ Wanita Lain Ketika Bersama Bella Astillah, PA Syed Saddiq Beri Respon – “Sesuatu Sangat”

Pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Amir Fiqri tampil memberi respon susulan dakwaan tular melibatkan ahli politik tersebut.

Isu berkenaan tercetus selepas seorang pemilik akaun palsu mendakwa kononnya Syed Saddiq pernah menghantar mesej di Instagram ketika sedang hangat bercinta dengan Bella Astillah.

Advertisement

bercinta

Individu tersebut turut memberi bayangan bahawa dia memiliki bukti perbualan peribadi, malah berjanji akan ‘spill’ selepas menerima sejumlah repost.

Bagaimanapun, Amir Fiqri menegaskan agar individu berkenaan tampil menggunakan akaun sebenar dan menghentikan tindakan menyebarkan naratif yang tidak berasas.

Beliau turut memberi amaran supaya tidak mengheret orang lain dalam dakwaan tersebut, apatah lagi dengan niat untuk membuka sesuatu yang didakwa tidak wujud.

SS Bella

SS BELLA

Dalam masa sama, Amir Fiqri meminta individu itu berfikir panjang sekiranya tindakan tersebut bertujuan untuk menggugat hubungan antara Syed Saddiq dan tunangnya.

Menurutnya lagi, beliau telah menghubungi pemilik akaun tersebut, namun penjelasan yang diberikan dilihat meragukan apabila individu itu tiba-tiba mengugut untuk menyerahkan ‘bukti’ kepada seorang wanita dari Singapura, Sarah Yasmine jika perlu.

Setakat ini, dakwaan tersebut masih belum disokong dengan sebarang bukti sahih.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aliff Aziz
2026-04-07 19:36:51

"Umi Tak Sengaja.." - Aliff Aziz Jawab Dakwaan Gambar Bella Astillah 'Dipadam' Dari Foto Keluarga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...