Didakwa ‘Caras’ Tempat Arwah Abam Di MLM2021, Isteri Atu Zero Minta Peminat Hentikan Fitnah

Hiburan

Didakwa ‘Caras’ Tempat Arwah Abam Di MLM2021,  Isteri Atu Zero Minta Peminat Hentikan Fitnah

Isteri kepada pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari tampil menepis dakwaan sesetengah netizen yang sering membanding-bandingkan lawak suaminya itu dengan anggota asal kumpulan Bocey, Allahyarham Abam.

Atu yang kini bertanding bersama Achey dan Fad Bocey dalam kumpulan Boro khabarnya ada menerima kritikan di mana dia dianggap seperti sedang menggantikan tempat arwah Abam dalam kumpulan itu.

Advertisement

Ujar Shafeeqa, kehadiran Atu dalam kumpulan Boro bukanlah seperti yang didakwa netizen namun hanya sebagai satu pembaharuan.

Mereka hanya bawa pembaharuan bukan untuk ganti arwah Abam. Nanti bila masuk kumpulan yang sama je orang cakap lawak sama je.

Jadi mereka berpisah sementara. Mencari keserasian bersama insan lain, tak akan lah arwah meninggal, Achey dan Fad terus tak boleh berada di pentas.

Tambahnya lagi, kumpulan Zero-Bocey dan Boro tidak sama dan pengisian yang dibawa juga berbeza.

Perkara tersebut turut dikongsikan Shafeeqa menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya di mana dia turut memuat naik tangkap layar komen YouTube persembahan kumpulan Boro pada minggu lalu.

Dalam pada itu, Shafeeqa berharap mereka di luar sana dapat memberi peluang kepada kumpulan Boro untuk mencari keserasian dan bukanlah mencari kesilapan yang tidak pernah wujud.

“Bagi mereka peluang untuk mencari keserasian..mereka juga mencari rezeki. Good Luck Boro..” tulisnya lagi.

Sekadar info, Atu dan Shafeeqa telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Atu Zero
2 years ago

Bekalan Akhirat, Impian Atu Zero Miliki Van Jenazah Termakbul, Mahu Bina Masjid Pula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...