Boleh dikatakan sejak pelakon, Fatin Afeefa mengahwini Aliff Awang atau mesra dikenali sebagai Opai tahun lalu, nama suaminya itu sering menjadi perhatian ramai.
Opai yang merupakan seseorang yang bekerja dalam bidang perdagangan saham sering kali berkongsikan kejayaan yang dimiliki ketika ini di platform media sosialnya.
Susulan itu, ramai yang berasa kurang senang melihat video-video lelaki terbabit yang didakwa suka menunjuk dan sombong dengan kekayaan yang dimiliki, lagi-lagi apabila mengetahui kerjanya sebagai ‘trader’.
Terbaru, Opai ada memuat naik video di TikTok berkata dirinya sering kali dihina oleh netizen di Malaysia dan dia turut sempat membuat perbandingan dengan negara luar.
Singgah Brunei mereka sambut kita seakan raja. Siapa yang kena perbetulkan pemikiran? Semestinya rakyat Malaysia.
Bahkan dia turut berkata penghinaan diterima selama ini kerana pemikiran rakyat Malaysia yang memandang rendah terhadap seseorang bekerjaya sebagai ‘trader’.
Dalam pada masa yang sama, dia berkata kehadirannya di negara London disambut dengan baik seperti ‘orang Melayu ajak makan’.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 4000 tanda suka dan lebih 100,000 tontonan daripada pengguna platform tersebut.