“Wife Saya Partner Ke Jannah, Awak Jahan*m” – Opai Tak Goyah Kena ‘Sondol’ Wanita Rusia, Setia Dengan Fatin Afeefa

Hiburan

“Wife Saya Partner Ke Jannah, Awak Jahan*m” – Opai Tak Goyah Kena ‘Sondol’ Wanita Rusia, Setia Dengan Fatin Afeefa

Baru-baru ini, suami Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang ada memuat naik video di platform TikToknya memberitahu dia mempunyai ‘penyakit’ suka berbelanja.

Malah, dia berkata disebabkan suka berbelanja, kadang-kala duitnya boleh berhabis ribuan ringgit membeli pelbagai barang dalam satu masa.

Advertisement

Perkongsiaan Aliff atau mesra dikenali sebagai Opai itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen hingga ada individu wanita yang sempat menyelit untuk cuba ‘mengorat’ lelaki tersebut.

Wanita itu meninggalkan komen berkata dirinya masih bujung dan jauh lebih baik dari isteri Opai iaitu pelakon, Fatin Afeefa.

komen tiktok

Bagaimanapun, trader tersebut menegaskan bahawa dia lebih memilih Fatin kerana isterinya beragama Islam dan mampu ke Syurga bersama-sama.

Tidak mengalah setelah ditolak oleh Opai, wanita Rusia tersebut membalas komen berkenaan dengan memakai baju menutup aurat serta tudung di kepala. Malah berkata wanita bertudung lebih baik daripada isteri Opai.

Difahamkan, wanita berkenaan merupakan warganegara Rusia tetapi menetap di Malaysia, namun kesahihan sama ada wanita itu benar-benar wujud ataupun tidak masih belum diketahui.

Aliff Awang
1 year ago

"Ni Bukan Duit Forex, Ni Buncit Makan Komisen Broker!" - Individu Dakwa Suami Fatin Afeefa 'Kaki Tipu'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...