Diarahkan Berhenti Serta Merta Oleh Bos Panas Baran, Bekas Staf Menang Kes Di Mahkamah & Dianugerahkan Lebih RM190K

Kehidupan

Diarahkan Berhenti Serta Merta Oleh Bos Panas Baran, Bekas Staf Menang Kes Di Mahkamah & Dianugerahkan Lebih RM190K

Seorang wanita yang juga merupakan bekas ketua ‘HR’ di syarikat pembekal produk makanan milik Perancis telah dianugerahkan pampasan sebanyak RM191,530.50.

Mahkamah Perusahaan Malaysia memutuskan bahawa wanita itu, Nizatul Asmar Che Umar telah dipaksa meletakkan jawatan oleh bekas pengurus besar syarikat itu.

Advertisement

mahkamah perusahaan malaysia

 

Diarahkan berhenti serta merta

Mahkamah turut memutuskan bahawa pihak yang menuntut (wanita itu) tidak diberikan peluang untuk mempertimbangkan sama ada dia mahu berhenti daripada bekerja di syarikat Petaling Jaya Dairy Sdn Bhd.

Sebaliknya, dia diberi kata dua — meletak jawatan atau dipecat tanpa dibayar gaji yang dia berhak secara sah di bawah kontrak pekerjaannya”, kata Pengerusi Mahkamah, D Paramalingam.

Difahamkan, hubungan Nizatul dan bekas pengurus besar itu, Henry Ong semakin tegang apabila dia menyampaikan rungutan pekerja tentang kelakuannya.

 

Bos panas baran

Nizatul berkata dia tidak boleh menutup mata terhadap aduan memandangkan semakin ramai pekerja syarikat itu yang meletakkan jawatan.

Cara dia (Ong) bercakap dengan mereka, perangainya yang tidak menentu dan layanan yang tidak munasabah terhadap (pekerja) tidak mematuhi amalan perhubungan industri yang baik untuk memastikan keharmonian industri di tempat kerja.

Nizatul ketika memberi keterangan turut berkata semasa temu duga keluar ramai bekas pekerja mengaitkan peletakan jawatan mereka kerana tidak dapat menahan baran Ong.

bos panas baran

Pada 10 November 2022, Ong telah memanggil Nizatul dan memberitahunya dia perlu meletakkan jawatan serta merta. Meskipun membantah, Ong menegaskan bahawa dia bekerja sehingga pertengahan Disember, dan menambah bahawa dia akan dibayar sehingga 10 Feb 2023, termasuk gaji 13 bulan kontraknya.

Ong turut berkata jika Nizatul tidak bersetuju, posisinya akan ‘digantikan tanpa sebarang bayaran’.

 

Tiga kali serah surat ‘resign’

Nizatul dengan berat hati menyerahkan surat peletakan jawatannya pada hari berikutnya, tetapi Ong memintanya untuk serahkan semula surat itu, memberitahunya menukar hari bekerja terakhirnya untuk menerima tarikh mula penggantiannya.

Ong mengulangi perkara yang sama pada 15 Nov, di mana Nizatul kemudian menyerahkan surat peletakan jawatannya untuk kali yang ketiga.

letak jawatan

Menurut FMT, Nizatul memulakan pekerjaannya di syarikat itu pada April 2021 dan menerima gaji bulanan RM17,255.

Dia dianugerahkan 14 bulan gaji belakang dan sebulan pampasan sebagai ganti pengembalian semula, berjumlah RM241,570 namun jumlah dikurangkan sebanyak 10% disebabkan pendapatan selepas pemecatan.

Ia dikurangkan sebanyak RM43,137 lagi yang diterima oleh Nizatul sebagai gaji sebagai ganti notis.

ibu tak bagi naik public transport
8 months ago

"Terlalu Manja, Mudah Sangat Give Up" - 'Resign' Atas Alasan Ibu Tak Bagi Naik 'Public Transport', Majikan Pening Layan Anak Muda 2024

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : FMT

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...