“Terlalu Manja, Mudah Sangat Give Up” – ‘Resign’ Atas Alasan Ibu Tak Bagi Naik ‘Public Transport’, Majikan Pening Layan Anak Muda 2024

Kehidupan

“Terlalu Manja, Mudah Sangat Give Up” – ‘Resign’ Atas Alasan Ibu Tak Bagi Naik ‘Public Transport’, Majikan Pening Layan Anak Muda 2024

Melalui satu perkongsiaan seorang individu di laman Facebook baru-baru ini, dia berkongsikan kesusahan untuk mencari pekerja yang komited pada hari ini.

Dapat dilihat dalam hantaran yang dimuat naik foto memaparkan mesej di dalam WhatsApp bersama seorang pekerja yang baru saja diambil untuk bekerja.

Advertisement

Tiada pengangkutan

Pekerja terbabit meluahkan bahawa dirinya tidak dapat meneruskan pekerjaannya di syarikat terbabit atas alasan tidak mempunyai pengangkutan untuk pergi ke pejabat.

Since ayah saya tak dapat nak guarantee dia boleh hantar setiap hari, saya takut saya tak dapat commit dengan permintaan company, jadi saya terpaksa undur diri.

‘Ibu tak benarkan naik public transport’

Lebih memeningkan majikan terbabit, apabila diberi cadangan supaya pekerja muda itu menaiki pengangkutan awam, dia memberi alasan ibu tidak membenarkannya untuk menaiki sebarang pengangkutan awam dan disebabkan itu anak muda tersebut perlu meletak jawatan.

Saya tak faham generasi anak muda zaman sekarang tahun 2024 dah datang interview bila dapat, rasa tak boleh commit terus undur diri. Kerja belum start lagi, dah bagi macam-macam alasan itu la ini la.

Perkongsiaan tersebut telah meraih perhatian, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap anak muda tersebut serta persoalkan sejauh mana kawalan ibu bapanya hinggakan tidak memberi kebenaran untuk naik pengangkutan awam.

20 hours ago

Bapa Dipenjara 20 Tahun, Perkosa Anak Kandung Hingga Lahirkan Dua Bayi. Ibu Pula Tahu Tapi Biarkan Sahaja!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...