Satu pendedahan menggemparkan di media sosial Twitter hari ini mengenai satu kegiatan wakaf Al-Quran di Mekah dan Madinah yang didakwa ‘scam’ serta ‘easy money’.
Kata individu itu, kegiatan wakaf Al-Quran itu telah menimbulkan keraguan kerana di Mekah dan Madinah sudah dipenuhi dengan naskah suci itu terutamanya dalam kawasan masjid.
Malah, individu itu juga menyarankan agar orang ramai tidak tertipu dan bagi yang ingin membuat kerja amal itu boleh memberi sumbangan kepada orang miskin dan anak-anak yatim misalnya yang masih ramai memerlukan bantuan di negara ini.
Siapa biasa pergi umrah dia tahu la, quran penuh dalam masjid, Al-Quran ni kalau 100 orang baca pun, bukannya koyak, tak terjejas pun.
Kalau rasa nak sedekah ke, better sedekah makanan, sini ramai je orang lapar. Jangan jadi bodoh sampai kena tipu dengan orang yang pandai ambil kesempatan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberi pendapat yang sama di mana ada yang memaklumkan bahawa negara tanah haram itu sebenarnya mencetak Al-Quran percuma untuk diedarkan ke seluruh dunia secara percuma.
Namun sejauh mana kebenarannya? Diharap ada penjelasan daripada mana-mana pihak bertanggungjawab yang terlibat dalam program seperti ini agar tidak wujud keraguan dalam kalangan masyarakat.