“Sedap Memang Sedap..” – ‘Cheese Leleh’ Viral Sebenarnya Tiruan Dan Bahaya Untuk Kesihatan?

Kehidupan

“Sedap Memang Sedap..” – ‘Cheese Leleh’ Viral Sebenarnya Tiruan Dan Bahaya Untuk Kesihatan?

Seolah-olah telah menjadi ‘trend’ untuk para peniaga meletakkan keju dan kemudiannya menamakan makanan yang dijual mereka sebagai ‘cheese leleh viral’ yang sememangnya membuatkan orang ramai terliur dan ingin mencubanya!

Kebanyakan makanan yang diletakkan cheese leleh ini adalah seperti burger, keropok lekor dan pelbagai lagi.

Advertisement

Namun, perkongsian Facebook Public Health Malaysia (PHM) baru-baru ini telah membuka mata masyarakat mengenai bahayanya sos keju leleh ini kepada kesihatan manusia.

Maklum PHM, kebanyakan keju leleh yang dijual di pasaran pada ketika ini adalah tinggi kandungan garam dan gula dan mengandungi perisa tiruan serta Maltodextrin berbanding keju asli.

Dalam info tersebut, kandungan Maltodextrin yang berfungsi meningkatkan tekstur serta jangka hayat makanan itu sebenarnya mempunyai kandungan glycemic index (GI) yang cukup tinggi dan membolehkan paras gula dalam darah meningkat dengan mendadak.

cheese lelehSumber : Google  

Dan sudah tentu, ianya merbahaya buat pesakit kencing manis dan boleh meningkatkan risiko penyakit itu bagi mereka yang masih belum dijangkiti.

Selain itu, sos keju leleh ini juga akan menyebabkan kegemukan serta obesiti yang akan menganggu pembesaran serta tahap kecergasan kanak-kanak yang mengambilnya secara kerap dan berlebihan.

lori baling air kencing
2 years ago

(VIDEO)"Sangat Tiba-Tiba..” - Pemandu Lori Dirakam Baling Botol Berisi Air Kencing Ketika Memandu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...