Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Diana Danielle Eggan Komen Isu Seksi

Beberapa bulan lepas Diana Danielle telah dikecam hebat oleh peminat dan pengguna media sosial apabila tampil seksi  berpakaian menjolok mata dalam majalah Esquire yang sama sekali tidak sesuai dengan imej beliau sebagai seorang isteri dan ibu. Malah, suami beliau aktor Farid Kamil juga tidak mahu berbicara lanjut mengenai isu tersebut.

Advertisement

Diana dalam satu kenyataan kepada portal Utusan Online berkata, beliau juga tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung isu seksi tersebut dan meminta agar tiada lagi pihak bertanyakan soalan itu kepada beliau.

Maaf saya tidak akan komen apa-apa mengenai soal itu. Kita tidak akan terus bercakap soal ini. Sebabnya jawapan saya masih tetap sama iaitu tiada komen. Terima kasih kerana memahami keadaan saya.

Kehadiran bulan Ramadhan adalah sesuatu yang dinantikan oleh Diana kerana pada bulan mulia ini beliau akan menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin untuk melakukan ibadah selain meluangkan masa lebih bersama suami dan anaknya.

Ramadan adalah waktu yang baik untuk berehat sebentar dalam masa yang sama juga melakukan ibadah. Melihat kembali kekurangan diri dan memperbetulkannya. Saya percaya bulan ini memang kami sekeluarga akan banyak habiskan masa di rumah sahaja.

Kalau tuan empunya badan tidak mahu memberikan sebarang komen apa yang hendak dikatakan lagi bukan? Semua tindak tanduk bergantung pada Diana Danielle sendiri dan beliau sudah cukup tahu apa yang baik dan apa yang buruk. Apa-apa pun semoga niat Diana untuk fokus dalam melakukan ibadah terlaksana.

Sumber Berita: Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top