Diana Danielle Bakal Jalani Pemeriksaan Kesihatan Mental Demi Anak-Anak

Hiburan

Diana Danielle Bakal Jalani Pemeriksaan Kesihatan Mental Demi Anak-Anak

Pelakon jelita, Diana Danielle khabarnya bakal berjumpa pakar kesihatan mental pada hujung bulan ini.

Dia yang sepatutnya menemui pakar pada tarikh hari lahirnya yang lalu iaitu pada 22 November terpaksa ditunda kerana sibuk meraikan sambutan hari lahir anak perempuannya, Nur Aurora.

Advertisement

Perkara tersebut turut dikongsikan Diana menerusi twit di media sosial Twitternya di mana dia memaklumkan bahawa dirinya mungkin mengalami masalah kesihatan mental dari segi tumpuan (ADD atau ADHD).

Jelas Diana, orang ramai kini sepatutnya sedar akan kepentingan menjaga kesihatan mental selain fizikal.

Mengulas lanjut mengenai simptom yang dialami, Diana berkata dia sering mengalami gangguan tumpuan dan mudah beralih dari satu perkara yang lain selain selalu kehilangan barang miliknya.

Maklum isteri kepada pelakon Farid Kamil ini lagi, dia mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan itu demi anak-anak tersayang.

Kiranya saya ke depan mahu membuat pemeriksaan ini bukan untuk diri saya semata-mata, semangat itu darang dari anak-anak saya kerana saya mahu menumpukan perhatian yang penuh kepada mereka.

Walaupun begitu, Diana berkata dia masih menyimpan harapan iaitu dia tidak menghidap sebarang penyakit berkaitan masalah mental.

Jika benar telahan Diana selama ini, pelakon drama Raisa itu berkata dia sama sekali tidak akan menyalahkan diri sendiri dan menerimanya dengan hati terbuka.

Diana Danielle
3 years ago

"Kena Ajar Buat Kerja Sendiri Dari Kecik" - Netizen Puji Cara Diana Danielle Didik Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...