Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kena Ajar Buat Kerja Sendiri Dari Kecik” – Netizen Puji Cara Diana Danielle Didik Anak

Diana Danielle

Baru-baru ini pelakon popular Diana Danielle mendapat perhatian netizen selepas dia memuat naik satu entri menerusi Twitter yang menceritakan tentang anak lelakinya yang baru berusia 8 tahun tetapi sudah memahami tanggungjawab sendiri dalam melalukan kerja rumah.

Advertisement

Diana Danielle atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson berkata pada usia lapan tahun, anak lelakinya itu sudah mempunyai peranan untuk memasak dan menyediakan makanan dibawah pengawasannya.

Ya, anda boleh ajar anak lelaki tanggungjawab bersama di rumah. Dia patut tahu bagaimana untuk memasak demi meneruskan kehidupan. Perkara itu bukan satu benda yang berjantina.

Ramai netizen yang bersetuju dengan cara Diana membesarkan anak-anak dan bersependapat dengan pandangan yang diluahkan oleh pelakon siri Ganjil itu dilaman Twitternya.

Tiada penetapan jantina untuk kerja rumah, setiap orang jalankan peranan masing-masing di rumah.

Diana Danielle

Diana, 29, berkata keluarganya mengamalkan budaya dimana semua orang mempunyai tanggungjawab masing-masing tidak kira apa pekerjaan sekalipun. Semua orang perlu tahu untuk melakukan kerja rumah tanpa mengira jantina.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top