Diana Amir Akui Dunia Lakonan Bukan Lagi Keutamaannya

Hiburan

Diana Amir Akui Dunia Lakonan Bukan Lagi Keutamaannya

Selepas melakukan penghijrahan dan kemudiannya bergelar seorang isteri serta ibu kepada tiga cahaya mata, pelakon Diana Amir berkata dia memang sengaja memperlahankan rentaknya di dalam bidang lakonan.

4 years ago

Dah Lama Tidak Aktif Dunia Lakonan, Diana Amir Tak Tolak Jika Ada Tawaran Pengacaraan

Advertisement

Sampai ada yang berpendapat bahawa kariernya sebagai seorang pelakon sudah terkubur sedangkan dia pernah terkenal dengan lakonannya di dalam drama Sari Maya 2 dan Adam Maya.

Meskipun ramai yang berpendapat seperti itu, namun wanita berusia 35 tahun mengatakan ia belum berkubur cuma dunia lakonan bukanlah keutamaan buat dirinya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by D I A N A A M I R (@dianaamir)

Kalau tanya bab berlakon, sekarang dah tak berapa teruja sebab banyak benda perlu difikirkan.

Dalam pada masa yang sama, Diana atau nama sebenarnya, Nurdiyana Amir Hashim bagaimanapun tidak menolak untuk kembali berlakon, cumanya mempunyai beberapa ‘syarat’ tertentu seperti menjaga waktu solat, aurat, iktilat serta batasan.

Diana Amir dan keluarga

Ujar pelakon itu lagi ketika dihubungi oleh pihak Kosmo Online, penghijrahan itu merupakan satu hadiah daripada Allah dan manusia yang mendapatkannya perlu bersyukur kerana dikurniakan hidayah untuk kembali mendekatkan diri dengan Allah.

Sekadar info, Diana dan suami Mohd Habibullah A Rahman telah mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2013 yang lalu dan hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khaulah Al Azwar,5, Khadija Azzehra,3, dan Muhammad Khalid Al Habib,1 tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...