October 22nd, 2020

Rasanya sudah lama kita tidak melihat kelibat pelakon Diana Amir dalam dunia seni ekoran dia lebih memilih untuk menumpukan perhatian terhadap rumah tangga dan keluarga.

Walau bagaimanapun, Diana Amir,34, berkata dia tidak menolak jika ada tawaran pengacaraan sekiranya program tersebut dapat memberi manfaat kepada orang ramai yang menonton.

Diana atau nama sebenarnya,Nurdiyana Binti Amir Hashim yang kini mempunyai tiga orang anak berkata, dia terlalu sibuk dengan komitmen bersama keluarga dan hanya berlakon kali terakhir ketika hamil anak kedua kira-kira dua tahun yang lalu.

View this post on Instagram

here to support my man #CCFC #FinalKLFA #hardluck #stillproud ?

A post shared by D I A N A A M I R (@dianaamir) on

“Ketika hamil anak kedua, saya ada berlakon dan rasanya itu kali terakhir. Manakala dari segi pengacaraan, kali terakhir saya menjayakan program Bismillah Ad Duha sekitar dua tahun lalu. Itu adalah program terakhir saya buat, selepas itu hanyalah sambilan. Jujurnya, saya sudah lama tidak berlakon mahupun mengacara,”

Diana yang ditemui media baru-baru ini turut meluahkan kegusaran hati jika masih memilih untuk aktif di kaca televisyen, kebajikan anak-anaknya yang kini berusia satu hingga lima tahun itu akan terabai.

Dalam pada itu, dia turut merasakan ketiadaannya dalam dunia seni bukanlah satu kehilangan yang besar kerana kini ramai muka-muka baru dalam bidang lakonan yang lebih baik daripadanya.

Kata pelakon drama Cinta Ilahi itu lagi, dia lebih suka menganggap dirinya sebagai ibu dan isteri berbanding seorang pelakon kerana merasakan lebih ramai pelakon yang lebih muda dan layak untuk tampil di kaca televisyen.

Meskipun begitu, Diana akui dia masih aktif dalam bidang seni namun hanyalah sekadar di balik tabir apabila terlibat sebagai pengarah kandungan Nurkids, iaitu salah satu program dalam saluran TV atas talian Nurflix TV.

Mengakhiri bicara, sokongan ahli keluarga terutama suaminya sangat membantu sepanjang karier dan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

View this post on Instagram

Our beloved Prophet (peace and blessings be upon him) SAW said: . “Khairukum khairukum li’ahlihi wa ana khairukum li’ahliy.” . . The best off you is the best of you toward his family and I am the best of you toward my family.” At-Tirmidhi & others (sahih) . . I pray that I will make it easier for u to be the best to your family, dear husband. And our kids will be the obedient and faithful children that will help us worthy of His Jannah.. amin! . . It’s not easy to build a strong family these days, dugaan mengetuk dari segenap sudut. But if it’s love because of Allah, insyaAllah He will make us stronger. In Him we trust ? . . ??? ?????? ????? ??????? ??????? ???????????, . There is no power nor strength except by Allah. . . @pokoks.kids

A post shared by D I A N A A M I R (@dianaamir) on

Sekadar info, Diana dan suami Mohd Habibullah A Rahman telah mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2013 yang lalu dan hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khaulah Al Azwar,5, Khadija Azzehra,3, dan Muhammad Khalid Al Habib,1 tahun.

Sumber : Berita Harian 


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...